Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman
akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia
mahu dengan secara ringkas
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu
kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah
orang yang menganiaya orang bawahannya
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang
hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah
fikiran serta tingkah lakunya
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan
hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus
kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan




No comments:
Post a Comment